Lima maut, tiga hilang bom Perang Dunia Kedua meletup di timur Indonesia

JAKARTA – Lima orang terkorban manakala tiga lagi dilaporkan hilang selepas sebutir bom meletup di Wilayah Papua di timur Indonesia pada Ahad, menurut polis tempatan yang dipetik agensi berita Xinhua.

Polis memberitahu media tempatan bahawa letupan berkenaan berlaku pada waktu petang di sebuah kampung yang padat dengan penduduk, sekali gus mengakibatkan kerosakan teruk pada rumah-rumah berhampiran.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang terpaksa ditangguhkan pada waktu malam susulan kebimbangan terhadap kemungkinan terdapat sisa bom yang belum meletup di lokasi kejadian, kata pihak polis.

Letupan itu disahkan berpunca daripada sebutir bom peninggalan zaman Perang Dunia Kedua.

Pihak berkuasa telah mengepung kawasan berkenaan dan memberi amaran kepada penduduk supaya menjauhkan diri sehingga lokasi itu diisytiharkan selamat.

Usaha mencari dan menyelamat dijangka disambung semula pada Isnin.

Jepun menyerang Indonesia pada awal 1942, mengakibatkan kemusnahan besar-besaran sepanjang tempoh pendudukan yang berlarutan selama lebih tiga tahun.

Sehingga kini, sejumlah besar bahan letupan era peperangan masih belum ditemukan dan terus menjadi ancaman keselamatan di beberapa kawasan di negara Asia Tenggara itu.

— BERNAMA-XINHUA 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *