KUALA LUMPUR – Cropmate Berhad (Cropmate) memaklumkan beberapa akaun milik syarikat dan anak syarikat telah dibekukan sementara oleh pihak berkuasa, namun ia tidak menjejaskan operasi harian kumpulan.
Syarikat pengeluar baja itu berkata, pembekuan tersebut dimaklumkan pasa 24 April lalu di bawah Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (“AMLATFA”).
Tindakan itu diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai prosedur standard yang dijalankan dalam siasatan tersebut.
“Berdasarkan maklumat yang ada pada masa ini, Lembaga Pengarah tidak menunjukkan bahawa perkara itu disebabkan oleh sebarang salah laku pihak pengurusan atau pekerja Kumpulan,” katanya.
Lembaga Pengarah syarikat telah mengambil langkah-langkah yang perlu dalam urusan biasa untuk memudahkan pembebasan akaun bank yang terjejas di bawah seksyen 44A AMLATFA.
Dalam masa yang sama, Cropmate terus mempunyai akses kepada kemudahan perbankan alternatif untuk menyokong aktiviti perniagaannya yang berterusan.
Lembaga Pengarah tidak menjangkakan perkara ini akan memberi sebarang kesan kewangan atau operasi yang material, dan operasi harian Syarikat kekal berfungsi sepenuhnya, dengan perniagaan diteruskan seperti biasa.
Sebarang perkembangan terkini Lembaga Pengarah akan membuat pengumuman selanjutnya tepat pada masanya sekiranya terdapat sebarang perkembangan penting.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L