“Tekong darat” muda ditahan bawa pendatang asing guna kenderaan milik abang

TUMPAT – Seorang remaja lelaki 18 tahun ditahan kerana menjadi “tekong darat” dengan bayaran RM100 bagi setiap pendatang asing yang dibawanya ke stesen bas di Kota Bharu.

Remaja tersebut menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton milik abangnya tanpa pengetahuan untuk membawa pendatang asing dari kawasan sempadan ke Stesen Bas Kota Bharu.

Ujian saringan ke atasnya juga mendapati positif dadah.

Dalam operasi sekitar jam 11.30 malam, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mengejar kenderaan tersebut sebelum berjaya memintasnya.

Dua lelaki melarikan diri, manakala lima warga asing ditemui bersembunyi di bahagian belakang kenderaan.

Susulan itu, satu serbuan dilakukan di sebuah rumah di Kampung Bunohan kira-kira jam 4 pagi dan remaja berkenaan berjaya ditahan.

Pihak berkuasa turut merampas kenderaan, lima pasport, empat telefon bimbit serta wang tunai pelbagai mata wang dengan nilai keseluruhan sekitar RM126,551.

Siasatan awal mendapati lima warga asing tersebut terdiri daripada empat lelaki warga India dan seorang warga Sri Lanka, dipercayai masuk ke Malaysia melalui laluan tidak sah dari Thailand dengan menaiki perahu. Mereka dilaporkan membayar kira-kira RM3,000 setiap seorang kepada ejen.

Kes kini disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *