KUALA LUMPUR - Seorang wanita didapati bersalah selepas memandu di bawah pengaruh alkohol dan melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh sebuah motosikal dalam satu kejadian kemalangan jalan raya.
Mahkamah memutuskan hukuman penjara sehari terhadap tertuduh dan denda RM13,000 selepas mendapati tindakan wanita itu menyebabkan kemalangan dan membahayakan pengguna jalan raya lain.
Kejadian berlaku apabila kereta dipandu wanita berusia 42 tahun itu tidak berhenti di persimpangan lampu isyarat merah sebelum merempuh motosikal yang berada di laluan tersebut.
Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan dan menerima rawatan lanjut di hospital.
Berita Harian melaporkan, polis menjalankan siasatan di bawah kesalahan berkaitan pemanduan berbahaya serta memandu di bawah pengaruh alkohol.
Mahkamah turut menegaskan bahawa kesalahan memandu dalam keadaan mabuk adalah serius kerana boleh mengancam nyawa orang awam.
Kes ini menjadi peringatan kepada semua pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang dan tidak memandu dalam keadaan mabuk.
Berita ini diolah semula oleh Siti Khadijah Manudin. Beliau adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L