KUALA LUMPUR – Malaysia dan Australia memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan jaminan bekalan tenaga dalam menghadapi krisis tenaga global yang semakin mencabar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama itu memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh daya tahan rantaian bekalan tenaga serta memastikan kestabilan bekalan dalam jangka panjang.
Menurutnya, kedua-dua negara turut komited menyokong peralihan kepada tenaga boleh baharu sebagai langkah mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga tradisional.
Selain itu, katanya, kerjasama berkenaan merangkumi aspek keselamatan tenaga serta memastikan aliran perdagangan kekal terbuka dan stabil, termasuk dalam sektor bekalan tenaga.
“Keutamaan kita tetap memenuhi keperluan domestik serta menjamin daya tahan ekonomi negara,” katanya menerusi satu kenyataan di media sosial.
Beliau berkata, hubungan erat dengan negara sahabat seperti Australia menjadi antara faktor penting dalam memastikan bekalan tenaga negara kekal stabil dan berterusan.
Langkah itu selari dengan usaha kerajaan memperkukuh keselamatan tenaga negara di samping menghadapi ketidaktentuan geopolitik global.
Berita ini diolah semula oleh NurFarhana Zulkeply. Beliau adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L