Lebih 200,000 Penjawat Awam Mula BDR, Pelaksanaan Secara Bersasar

SHAH ALAM — Lebih 200,000 penjawat awam di seluruh negara memulakan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) bermula hari ini, namun ia hanya diberikan kepada kumpulan yang memenuhi syarat tertentu serta mendapat kelulusan ketua jabatan masing-masing.

Menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, pelaksanaan BDR tidak melibatkan semua penjawat awam secara menyeluruh, sebaliknya bergantung kepada keperluan tugasan serta kesesuaian fungsi jawatan di setiap agensi.

Beliau menjelaskan bahawa kelulusan bekerja dari rumah adalah di bawah bidang kuasa ketua jabatan, yang akan menilai beberapa aspek penting termasuk keberkesanan perkhidmatan, keperluan operasi serta tahap kesiapsiagaan pegawai sebelum sebarang kelulusan diberikan.

Dasar tersebut merupakan sebahagian usaha kerajaan untuk menambah baik pengurusan perkhidmatan awam agar lebih fleksibel dan responsif, khususnya dalam mendepani cabaran semasa seperti isu tenaga dan peningkatan kos operasi.

Dalam masa sama, semua penjawat awam yang terlibat diingatkan supaya terus melaksanakan amanah dengan penuh integriti dan disiplin, serta memastikan tugas dan program yang telah dirancang tidak terjejas sepanjang tempoh bekerja dari rumah.

Berita ini diolah semula oleh Siti Khadijah Manudin. Beliau adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *