KUALA LUMPUR — Hari pertama pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam sektor perkhidmatan awam memperlihatkan aliran trafik di Lembah Klang kekal relatif lancar, meskipun tekanan kenderaan masih dirasai di beberapa laluan utama ketika waktu puncak pagi.
Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia, pergerakan kenderaan mula meningkat seawal jam 7 pagi, menyebabkan beberapa jajaran mengalami kelajuan perlahan. Namun begitu, situasi keseluruhan masih berada dalam kawalan dan tidak jauh berbeza berbanding hari bekerja biasa.
Sehingga sekitar jam 9.20 pagi, antara laluan yang dilaporkan terjejas di Lebuhraya Utara-Selatan termasuk dari Hospital Sungai Buloh ke Bukit Lanjan, Putra Mahkota ke Kajang, serta dari Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar, yang mencatatkan pergerakan trafik lebih perlahan daripada kebiasaan.
“Aliran trafik turut dilaporkan perlahan di Lebuhraya NKVE dari persimpangan Damansara ke Damansara Utama, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dari Bukit Rimau ke Persiaran Kewajipan serta SUKOM ke Awan Kecil, Awan Besar ke Kinrara, Sunway ke Persiaran Kewajipan dan Bandar Botanik ke Pandamaran.
“Trafik perlahan turut dikesan di Lebuhraya ELITE dari Putrajaya ke Putra Heights, USJ ke Shah Alam serta Putra Heights ke Bandar Saujana Putra dan Plaza Tol Putrajaya-Cyberjaya, manakala di Lebuhraya Grand Saga (E7) Bandar Tun Hussein Onn ke pusat bandar raya,” katanya.
Selain itu, keadaan sama dilaporkan di Lebuhraya Sungai Besi (E9) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Tol Mines Utara, Sungai Besi ke persimpangan Kuchai serta Salak Jaya ke pusat bandar raya, selain Tol Loke Yew ke Jalan Istana.
Jurucakap itu berkata di Lebuhraya Pantai Baru (NPE), aliran perlahan dilaporkan dari Pantai Dalam ke Angkasapuri serta Kuchai Lama ke Pantai Dalam dan Sunway Pyramid ke Persiaran Kewajipan, selain di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dari Puchong Utama ke Jambatan Kabel, Jalan Majlis ke Taman Megah serta Sungai Penchala ke SS2.
“Di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), trafik perlahan dari Jelatek ke Plaza Tol Datuk Keramat, manakala di Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dari Kota Kemuning ke Sri Muda dan Alam Impian ke pusat bandar Shah Alam.
“Aliran trafik turut perlahan di Lebuhraya SILK arah barat dari Cheras Selatan ke Taming Jaya, Balakong ke susur The Mines, Bukit Kajang ke Kajang Utama dan Sungai Ramal ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), selain di Lebuhraya Maju (MEX) dari Sri Kembangan ke Kuchai Lama serta Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dari Kajang Selatan ke Kajang Perdana.
“Di Lebuhraya SPRINT, aliran trafik perlahan dari Kayu Ara ke Damansara Utama, Penchala ke TTDI dan Jalan Duta ke Sri Hartamas, manakala di Lebuhraya DASH dari Kota Damansara ke Penchala,” katanya.
Selain itu, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) turut merekodkan aliran perlahan arah selatan dari Greenwood ke Sentul Pasar serta Segambut ke Bamboo Hills, manakala Lebuhraya Guthrie Corridor Expressway (GCE) dari Bukit Jelutong ke Jalan Subang.
Pelaksanaan dasar BDR bermula hari ini dilihat sebagai langkah strategik kerajaan bagi meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.
Berita ini diolah semula oleh Fatin Sajidah Fathuldin. Beliau adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L