Oleh: NurFarhana Zulkeply
NILAI – Sikap tidak konsisten dan mudah berputus asa dikenal pasti sebagai antara cabaran utama dalam memastikan kejayaan projek pertanian, termasuk inisiatif penanaman nanas MD2 di institusi pengajian tinggi.
Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Tanaman, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Rosmizan Md. Yusof menegaskan, projek berasaskan pertanian memerlukan komitmen jangka panjang dan tidak boleh dilaksanakan secara sambil lewa.
“Fokus, minat dan serius dalam membuat sesuatu perkara. Jangan hangat-hangat tahi ayam dan berhenti di separuh jalan,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Sinergi Projek Nanas MD2 di Bilik Mesyuarat USIM Healthcare, Nilai, di sini.
Menurut beliau, bidang pertanian mempunyai pelbagai cabaran, khususnya melibatkan faktor alam semula jadi yang di luar kawalan manusia.
Justeru, kata beliau, kesungguhan dan daya tahan amat penting bagi memastikan sesuatu projek mampu bertahan serta memberikan hasil dalam jangka panjang.
Dalam pada itu, beliau turut mengakui terdapat projek di beberapa IPTA yang berjaya diteruskan sehingga kini, sekali gus membuktikan bahawa usaha berterusan mampu membuahkan hasil.
“Projek ini berbaloi jika dilaksanakan dengan komitmen yang tinggi dan tidak terhenti di pertengahan jalan,” katanya.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L