ES Sunlogy berjaya menyiapkan Loji Solar di Kulim di bawah inisiatif CGPP

KUALA LUMPUR – ES Sunlogy Berhad (ES Sunlogy) berjaya menyiapkan loji fotovoltaik solar Selarong Pertama Energy Sdn. Bhd. (SPE) di Kulim, Kedah di bawah Program Kuasa Hijau Korporat Malaysia (CGPP).

Ladang solar SPE merupakan loji fotovoltaik solar berskala utiliti 29.99MWac yang dibangunkan di bawah rangka kerja New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA).

Projek ini dijalankan melalui Selarong Pertama Energy Sdn. Bhd., usaha sama antara Savelite Engineering Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh ES Sunlogy Berhad (40 peratus) Blazing Solar Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Solarvest Holdings Berhad (30 peratus) dan TNB Renewables Sdn. Bhd. (TRe) (30 peratus).

Tenaga boleh diperbaharui yang dijana oleh loji ini akan dibekalkan secara maya kepada Micron Memory Malaysia Sdn. Bhd. (Pulau Pinang) di bawah Perjanjian Kuasa Hijau Korporat jangka panjang (CGPA), digabungkan dengan Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui (REC), selama tempoh 21 tahun.

Pengarah Urusan ES Sunlogy, Khor Chuan Meng, berkata penyiapa loji fotovoltaik solar SPE menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan tenaga boleh diperbaharui menunjukkan keupayaan ES Sunlogy untuk menyediakan infrastruktur tenaga bersih berskala utiliti bersama rakan kongsi industri yang mantap.

“Projek ini mengukuhkan kehadiran kami dalam landskap peralihan tenaga Malaysia sambil menyokong strategi jangka panjang kami untuk membina aliran pendapatan berulang melalui aset tenaga boleh diperbaharui,” katanya.

Acara ini telah dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Amar Fadillah Yusof.

Chuan Meng berkata, memandangkan permintaan untuk tenaga boleh diperbaharui terus meningkat daripada sektor seperti semikonduktor, pembuatan termaju dan pusat data, penyiapan SPE meningkatkan keterlihatan ES Sunlogy dalam ruang tenaga bersih Malaysia yang pesat berkembang.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *