Wanita Maut Kereta Terbabas Rempuh Pokok di Sibu

SIBU – Seorang wanita berusia 46 tahun maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum merempuh sebatang pokok dalam kejadian di Lorong Lanang 61, Jalan Lanang, tengah malam tadi.

Ketua Zon Sibu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Andy Alie memaklumkan mangsa didapati tersepit di tempat duduk pemandu akibat impak kemalangan tersebut.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 12.45 tengah malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Sentral segera dikejarkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Pihak bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas menyelamat dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Mayat mangsa kemudian diserahkan pada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *