KUANTAN – Polis giat mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas tidak dapat dihubungi sebaik tiba di Stesen Bas Larkin, Johor sejak 9 April lalu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar memaklumkan, kali terakhir mangsa, Muhammad Izwan Omar, 27, dilihat oleh isterinya pada Rabu sekitar jam 10 malam di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bentong.
Menurut beliau, komunikasi terakhir antara mangsa dan isterinya berlaku pada Khamis kira-kira jam 8.30 pagi, apabila lelaki itu memaklumkan dia sedang berehat selepas tertidur di Stesen Bas Larkin, sebelum gagal dihubungi dan tidak pulang ke rumah sehingga kini.
Zaiham berkata, Muhammad Izwan berkulit gelap, berketinggian kira-kira 166 sentimeter dan berbadan gempal dengan anggaran berat 107 kilogram.
Beliau berkata, mangsa kali terakhir dilihat memakai baju sejuk dan seluar berwarna hitam.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-223 1999 bagi membantu siasatan. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L