Olahan Fatin Sajidah Fathuldin
GEORGE TOWN – Silicon Island Development Sdn Bhd (SIDSB) mempercepat pelaksanaan kerja pengerokan selut di Permatang Tepi Laut bagi memastikan kelancaran laluan bot nelayan di kawasan berkenaan.
Syarikat itu memaklumkan langkah berkenaan diambil lebih awal daripada jadual sebagai sebahagian usaha menunaikan komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam menangani isu navigasi yang sekian lama menjejaskan komuniti nelayan tempatan.
Kerja pengorekan saluran navigasi yang dijadualkan berlangsung selama sebulan itu dapat dimulakan lebih awal susulan kemajuan projek Pulau Silikon, termasuk penyiapan kerja penambakan dan pengukuhan kawasan berkaitan bagi memastikan pergerakan bot nelayan lebih lancar.
Pengarah Komunikasi Strategik dan Pengurusan Pihak Berkepentingan SIDSB, Azmi Mohamad berkata tindakan menyegerakan kerja pengorekan itu membuktikan pemaju serius dalam menjaga kepentingan komuniti setempat.
“Walaupun masalah selut tersebut merupakan isu belarutan yang telah wujud sejak sekian lama, kami tetap komited untuk mewujudkan laluan navigasi yang lebih sempurna dan selamat untuk para nelayan.
“Memandangkan saiz kapal pengorek sedutan pemotong yang digunakan adalah besar, operasi peengerokan perlu dilaksanakan mengikut jadual pasang surut air bagi memastikan kerja berjalan dengan selamat dan lancar,” katanya
Menurut Azmi Mohamad, SIDSB terus memperkasakan kebajikan nelayan di bawah Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) melalui agihan dana dan aset signifikan.
Menurut Azmi Mohamad, SIDSB terus memperkasakan kebajikan nelayan di bawah Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) melalui pemantauan tapak oleh PPSSN dua kali sehari disokong oleh kerja pembersihan pantai secara manual oleh kontraktor.
Selain itu, beliau berkata, kebajikan sentiasa menjadi teras dengan memberikan bayaran ex-gratia berjumlah RM11.8 juta sebagai saguhati tunai bagi 795 nelayan yang terlibat dan pemodenan Aset iaitu sebanyak 148 nelayan telah menerima bot dan enjin baharu dengan pelaburan mencecah anggaran RM13.32 juta.
Projek Pulau Silikon seluas 930.78 hektar ini bukan sekadar projek penambakan, malahan menjadi pemangkin ekonomi jangka panjang Pulau Pinang yang meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai teras pembangunan. –BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L