Koperal tentera ditahan, disyaki belasah tujuh rakan di kem Bentong

KUANTAN – Seorang anggota tentera berpangkat koperal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kejadian keganasan terhadap tujuh rakan setugas di sebuah kem tentera di Bentong, awal minggu ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, tangkapan ke atas suspek berusia 37 tahun itu dilakukan kira-kira jam 2.30 petang semalam, susulan laporan yang dibuat oleh bapa salah seorang mangsa.

Menurut beliau, kejadian dipercayai berlaku di Kem Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja, apabila suspek didakwa bertindak agresif dengan memukul, menumbuk dan menendang seorang anggota berusia 24 tahun.

“Siasatan awal turut mendapati enam lagi anggota tentera berusia antara 19 hingga 22 tahun berada di lokasi dan dipercayai menjadi mangsa dalam kejadian sama,” katanya dalam satu kenyataan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Akibat kejadian itu, seorang mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas tidak sedarkan diri dan kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dengan bantuan pernafasan.

Mangsa lain pula dirujuk ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan suspek telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Sehubungan itu, Zaiham menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan pihak berkuasa.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *