“Dungun Sarong Fun Run”, Dari Program Kampung Ke Acara Tahunan

DUNGUN – Acara larian santai berkonsepkan budaya tempatan, “Dungun Sarong Fun Run 4.0”, bakal kembali menghimpunkan masyarakat pelbagai lapisan pada 6 Jun ini di Taman Tasik Sura, dekat sini.

Kini memasuki edisi keempat, penganjuran program tersebut dilihat semakin mendapat sambutan apabila ia berkembang daripada aktiviti komuniti berskala kecil kepada acara tahunan yang dinantikan penduduk setempat.

Inisiatif itu pada asalnya diwujudkan bagi memberi peluang kepada masyarakat luar bandar merasai pengalaman menyertai acara larian secara santai, yang sebelum ini lebih tertumpu di kawasan bandar.

Pengarah program, Amran Abdullah berkata, konsep pemakaian kain sarung menjadi tarikan utama yang bukan sahaja mencetuskan kelainan, malah mewujudkan suasana mesra dan inklusif dalam kalangan peserta.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut beliau, acara itu pada awalnya sekadar usaha kecil untuk menggalakkan penyertaan penduduk kampung di sekitar Dungun agar dapat merasai pengalaman menyertai acara larian seperti di bandar.

“Peserta melibatkan pelbagai peringkat usia, termasuk nelayan dan penduduk tempatan. Pemakaian kain sarung ini secara tidak langsung menjadi simbol kebersamaan dan mencerminkan kehidupan masyarakat di sini,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, program berkenaan juga membuka ruang kepada agensi kerajaan dan swasta untuk mendekati komuniti setempat melalui pelbagai inisiatif dan perkhidmatan yang disediakan secara percuma.

Katanya lagi, sejak beberapa edisi lalu, acara itu turut mula menarik minat peserta dari luar daerah, malah luar negara untuk hadir ke Dungun.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Penyertaan masih dibuka sehingga 28 April ini dan borang boleh didapati menerusi laman Facebook Sarong Fun Run 2026.

Selain acara utama, penganjuran kali ini turut diserikan dengan aktiviti sampingan termasuk pertandingan mewarna yang melibatkan penyertaan kanak-kanak.

Dungun Sarong Fun Run 4.0 dijadual berlangsung pada 6 Jun ini di Taman Tasik Sura, Dungun.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *