Bekalan makanan negara perlu diperkukuh secara bersama – Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan usaha memperkukuh keterjaminan makanan negara perlu digalas secara bersama oleh semua pihak, bukan hanya kerajaan.

Beliau berkata, kementeriannya sentiasa memantau perkembangan semasa bagi memastikan bekalan makanan negara kekal stabil, mencukupi serta mudah diakses rakyat.

Menurutnya, setiap pihak mempunyai peranan tersendiri dalam menyokong usaha tersebut, termasuk individu, peniaga dan pengguna.

“Yang mempunyai ruang dan kemampuan boleh mula bercucuk tanam, peniaga perlu mengurus bekalan dengan berhemah, manakala pengguna disaran mengelakkan pembelian panik.

“Dengan kerjasama semua pihak, kita mampu memperkukuh pengurusan bekalan makanan negara dan menghadapi cabaran semasa dengan lebih tenang,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Terdahulu, Mohamad menerima taklimat pembentangan Kertas Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang memfokuskan kepada kedudukan semasa bekalan makanan negara serta langkah mitigasi yang perlu diperkukuh.

Beliau turut memaklumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mempengerusikan mesyuarat MTEN hari ini bagi meneliti dan memuktamadkan tindakan susulan.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad berkata, ketidaktentuan global ketika ini, khususnya konflik di Asia Barat serta perubahan cuaca dunia, memberi kesan langsung kepada rantaian bekalan makanan dan produktiviti sektor pertanian negara.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *