Ibu Sebak Sambut Hari Raya Aidilfitri Tanpa Anak di Perantauan

Oleh: Abd Ghaffar Daud

RANTAU PANJANG – Seorang ibu tidak dapat menahan sebak mengenangkan anaknya yang berada di perantauan ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari pertama Syawal hari ini.

Nazirah Md Yusoff, yang menetap di Kampung Gual To’ Deh, dekat sini, berkata suasana raya tahun ini terasa berbeza tanpa kehadiran anaknya, Muhamad Muslim Abd Ghaffar, yang kini melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Menurutnya, setiap kali tibanya pagi raya, kenangan bersama anaknya kembali bermain di fikiran, lebih-lebih lagi apabila melihat juadah yang sering dinikmati bersama sebelum ini.

Ibunya, Nazirah Md Yusoff, turut berkongsi perasaan itu ketika dihubungi melalui panggilan ‘video call’ sebentar tadi, sambil menahan sebak dan kerinduan yang tidak terungkap.

“Sebagai seorang ibu, hati mana yang tidak sayu apabila anak jauh di mata pada hari yang penuh bermakna ini.

“Sudah dua tahun dia berada di Mesir menuntut ilmu, dan kami hanya mampu melepaskan rindu melalui doa,” katanya ketika ditemui di sini.

Tambah beliau lagi, perasaan hiba itu turut dikongsi oleh ahli keluarga lain termasuk pak saudara, mak saudara dan sepupu-sepupu yang juga merindui kehadiran beliau setiap kali musim perayaan.

Muhamad Muslim yang kini berada di tahun dua pengajian di Universiti Al-Azhar difahamkan komited dalam menuntut ilmu dan tidak pulang ke tanah air pada setiap perayaan disebabkan tuntutan pengajian.

Walaupun berjauhan, Nazirah tetap menzahirkan rasa syukur dan reda atas pengorbanan anaknya itu demi masa depan, sambil berharap agar suatu hari nanti mereka dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama semula dalam suasana penuh kegembiraan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *