Keahlian PKR naik hampir 5,000, bukti keyakinan rakyat – Anwar

PUTRAJAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencatat pertambahan hampir 5,000 anggota baharu sejak kebelakangan ini, sekali gus mencerminkan keyakinan berterusan rakyat terhadap perjuangan parti itu.

Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun berdepan suasana politik yang disifatkan sebagai ‘riuh rendah’, sokongan terhadap PKR kekal kukuh.

“Kita ada berita baik, dalam keadaan riuh rendah sedikit sebanyak ini, keanggotaan bertambah hampir 5,000 yang baharu.

“Kenaikan itu menunjukkan keyakinan terhadap perjuangan parti masih mendalam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Pemimpin Masyarakat Tempatan bersama Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, di sini, hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar menyeru pimpinan PKR di semua peringkat supaya terus memperkukuh jentera parti serta memperjelas isu yang berpotensi menimbulkan kegelisahan dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata penjelasan yang tuntas dan berfakta amat penting bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap parti terus diperkukuh. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *