Exco Terengganu dihadapkan ke mahkamah hari ini

KUALA TERENGGANU – Seorang Exco Kerajaan Negeri Terengganu, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan, akan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri berumur lingkungan 60-an itu tiba di pekarangan mahkamah pada 8.13 pagi dan kelihatan beberapa pegawai dan anggota polis mula mengawal keadaan di luar dan di dalam pekarangan mahkamah memandangkan terdapat beberapa penyokong individu terbabit yang berkumpul di situ.

Pada Ahad, sumber memaklumkan, suspek disyaki menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya sebagai anggota Exco kerajaan negeri serta Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat bagi mengarahkan kedua-dua anaknya dilantik bekerja di dua anak syarikat milik kerajaan negeri.

Lelaki itu ditahan selepas hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Kemaman pada Ahad kerana didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 2018 dan 2020. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *