SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa

Artikel fitnah: Azam Baki saman Bloomberg, tuntut ganti rugi RM100 juta

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memfailkan saman terhadap Bloomberg L.P berhubung artikel berunsur fitnah berkaitan dakwaan pemilikan saham yang diterbitkan pada 10 Februari lalu.

Saman itu yang difailkan Azam menerusi Tetuan Zain Megat & Murad di Mahkamah Tinggi, di sini semalam menamakan Bloomberg yang beralamat di Lexington Avenue, New York serta cawangannya di Malaysia, iaitu Bloomberg (Malaysia) Sdn. Bhd., selaku defendan pertama dan kedua.

Menerusi writ saman dan pernyataan tuntutan diperoleh media hari ini, Azam selaku plaintif menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk dan teladan, faedah serta kos.

Plaintif juga memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan dan ejen atau pekerja mereka daripada membuat, mencetak, menerbitkan perkataan-perkataan yang dirujuk di dalam tuntutan ini atau seumpamanya yang memfitnah plaintif serta memadam dan menurunkan kenyataan fitnah dalam tempoh tiga hari dari tarikh penghakiman.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Turut dituntut permohonan maaf yang mana termanya dipersetujui oleh peguam cara Azam terlebih dahulu untuk diterbitkan di akhbar dan media sosial yang dipilih oleh plaintif.

Azam mendakwa pada jam 8 pagi 10 Februari lalu, kedua-dua defendan menerbitkan dan menyebabkan penerbitan satu artikel di Bloomberg.com bertajuk “Malaysian Anti-Graft Chief Returns to Stocks After Outcry” yang dikarang Niki Koswanage dan Tom Redmond.

Kenyataan fitnah itu mendakwa plaintif, atas kapasiti beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partner Bhd., berdasarkan pemfailan korporat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan artikel itu juga menyatakan tanpa bukti bahawa plaintif tidak mengisytiharkan asetnya secara terbuka.

Azam berkata, artikel terbabit secara jelas berkaitan dengan pentadbiran awam Malaysia dan menyentuh secara langsung kedudukannya sebagai seorang penjawat awam berprofil tinggi, selain boleh diakses melalui langganan Bloomberg Terminal yang digunakan oleh pelanggan, institusi kewangan serta pengguna komersial di negara ini.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Azam mendakwa kenyataan fitnah itu secara jelas merujuk kepada beliau sebagai individu yang kononnya menyalahgunakan kuasa dan kedudukan atau korup.

Sebelum penerbitan kenyataan fitnah itu, Azam berkata, defendan menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu yang ingin diterbitkan dan beliau sudah memberikan penjelasan yang terperinci serta munasabah berhubung pertanyaan yang dikemukakan.

Bagaimanapun, Azam berkata defendan gagal dan enggan mengambil kira sepenuhnya penjelasan beliau, sebaliknya memilih untuk menerbitkan artikel itu dalam bentuk yang berat sebelah, sensasi serta mengelirukan sehingga memberikan gambaran negatif yang tidak benar terhadapnya.

Plaintif mendakwa defendan gagal mengambil langkah yang munasabah untuk mengesahkan ketepatan fakta sebelum penerbitan termasuk kegagalan untuk menjalankan pengesahan lanjut, semakan silang sumber dan penilaian wajar terhadap maklumat yang diperoleh.

“Tindakan defendan-defendan bertentangan dengan prinsip kewartawanan bertanggungjawab serta elemen-elemen di bawah Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, iaitu larangan penerbitan berita palsu atau berita yang tidak disahkan… pihak penerbit mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa sesuatu penerbitan adalah tepat, benar dan tidak mengelirukan sebelum disiarkan kepada umum,” katanya dalam pernyataan tuntutan.

Beliau juga mendakwa kegagalan defendan untuk mengambil langkah pengesahan yang munasabah walaupun mempunyai peluang untuk berbuat demikian, menunjukkan sikap cuai melampau, pengabaian melulu terhadap kebenaran dan berniat jahat.

Selain itu, Azam mendakwa kenyataan fitnah terbabit antara lain membawa maksud beliau seorang pegawai awam yang tidak jujur, tidak berintegriti dan tidak boleh dipercayai, melanggar peraturan pengisytiharan aset yang berkenaan, menyalahgunakan kedudukan dan kuasa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk kepentingan peribadi, selain didakwa terbabit dalam salah laku kewangan atau aktiviti yang meragukan berkaitan pemilikan saham.

Dakwa plaintif, artikel itu secara sindiran turut menggambarkan bahawa beliau gagal mematuhi kewajipan pengisytiharan aset atau bertindak secara tidak telus.

Beliau berkata kenyataan fitnah dan sindiran itu adalah tidak benar, tidak berasas dan berniat untuk merendahkan nama baik serta maruahnya kepada pihak awam.

Azam juga berkata beliau mematuhi sepenuhnya semua keperluan pengisytiharan aset yang dikenakan ke atas pegawai awam serta sebarang pemerolehan dan seterusnya pelupusan saham diisytiharkan dengan teratur melalui saluran rasmi yang ditetapkan termasuk Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRIMS).

Beliau berkata saham yang disebut dalam artikel itu sudah dilupuskan sebelum diterbitkan dan plaintif mempunyai keupayaan kewangan yang sah untuk membuat pelaburan sedemikian daripada pendapatan sah serta faedah persaraan.

Azam berkata, artikel itu mengandungi pelbagai material yang tidak tepat, memberikan gambaran yang mengelirukan dan penyampaian fakta secara terpilih yang secara keseluruhannya mewujudkan suatu naratif palsu mengenai beliau.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *