KUALA LUMPUR – Vanzo Holdings Bhd. (Vanzo) memulakan tahun kewangan 2026 dengan langkah kanan apabila kembali mencatatkan keuntungan, didorong oleh permintaan kukuh terhadap produk utamanya serta pengembangan agresif rangkaian runcitnya.
Bagi suku pertama berakhir 31 Disember 2025 (Suku 1 TK2026), syarikat wangian udara tempatan itu merekodkan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) sebanyak RM1.6 juta, satu pemulihan ketara berbanding kerugian yang dicatatkan pada suku sama tahun sebelumnya.
Prestasi memberangsangkan itu turut disokong oleh lonjakan pendapatan kumpulan sebanyak 45 peratus kepada RM17.4 juta berbanding RM12.0 juta pada tempoh sama tahun lalu.
Pengarah Eksekutif Vanzo, Eddie Ng berkata, pemulihan prestasi kewangan berkenaan didorong terutamanya oleh peningkatan ketara pada bulan Disember 2025.
“Momentum jualan kumpulan kekal kukuh dengan jumlah jualan meningkat sebanyak RM5.4 juta atau 45 peratus berbanding suku tahun sebelumnya pada 2024, hasil sokongan asas pelanggan yang berdaya tahan,” tambahnya.
Peningkatan hasil syarikat itu disumbangkan secara berterusan oleh kategori produk utama seperti Siri VANZO LX, Diffuser Kereta Pintar dan Siri Ventilasi Mini.
Malah, pengenalan produk baharu yang menarik minat gaya hidup pengguna seperti siri Hello Kitty dan Zootopia turut menjadi penyumbang kepada prestasi positif berkenaan.
Selain kekuatan produk, Vanzo kini giat melaksanakan strategi pengembangan runcit yang agresif untuk meningkatkan kehadiran pasarannya.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Setakat ini, jejak runcit syarikat itu telah berkembang kepada sembilan kios.
Terbaharu, Vanzo membuka kios runcit kelapannya di Pusat Beli-belah Imago, Sabah pada 7 November 2025, diikuti kios kesembilan di KSL City Mall, Johor Bahru pada 4 Disember 2025.
Pembukaan lokasi baharu di luar Lembah Klang ini menandakan satu langkah penting dalam strategi perniagaan syarikat untuk mendekati lebih ramai pengguna.
Dalam pada itu, Vanzo turut menekankan komitmennya terhadap aspek keselamatan dan kualiti produk.
Wangian keluaran syarikat itu disahkan bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti alkohol industri, formaldehid, benzena dan toluena bagi memastikan pengalaman pengguna yang selamat.
Mengulas mengenai prospek masa depan, kumpulan itu optimis mengenai trajektori pertumbuhan jangka panjangnya yang disokong oleh asas pendapatan kukuh dan pelaburan strategik berterusan.
Kumpulan berkenaan kini secara aktif membentuk perkongsian strategik dengan peruncit utama, kedai khusus dan pasaran digital untuk memastikan akses yang lebih baik merentasi saluran fizikal serta e-dagang.
Vanzo kekal komited untuk memupuk inovasi dan meningkatkan nilai pemegang saham pada suku akan datang.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L
