Orgabio rekod pertumbuhan PAT 122 peratus suku ketiga 2026

KUALA LUMPUR – Orgabio Holdings Berhad (Orgabio) mencatatkan pertumbuhan pendapatan suku tahun yang kukuh untuk suku kedua berakhir 31 Disember 2025 (Suku 2 TK2026) sebanyak RM40.7 juta, mewakili peningkatan 60.36 peratus tahun ke tahun (YoY) daripada RM25.4 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh permintaan lebih tinggi untuk perkhidmatan pembuatan minuman pracampuran segera Kumpulan, terutama dari pasaran domestik, di samping pengembangan berterusan dalam jualan luar negara.

Keuntungan kasar meningkat 65.18 peratus YoY kepada RM6.8 juta, disokong oleh jumlah jualan lebih kukuh dan kadar penggunaan lebih baik di kilang baharu.

Keuntungan sebelum cukai (PBT) meningkat dengan ketara sebanyak 110.29 peratus kepada RM3.9 juta berbanding RM1.9 juta pada Suku Kedua TK2025.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Keuntungan bersih selepas cukai (PAT) meningkat 122.04 peratus YoY kepada RM2.8 juta daripada RM1.3 juta sebelumnya, mencerminkan leveraj operasi lebih kukuh dan penyerapan margin lebih baik apabila pengeluaran meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Orgabio Holdings Berhad, Ean Yong Hien Voon berkata, pencapaian suku kedua TK2026 menandakan satu lagi suku pengembangan pendapatan yang kukuh untuk Orgabio.

“Pertumbuhan pendapatan kami lebih 60 peratus tahun ke tahun mencerminkan permintaan kukuh daripada pemilik jenama domestik dan antarabangsa, manakala penggunaan kilang yang lebih baik terus meningkatkan kecekapan dan keuntungan operasi.

“Kami digalakkan oleh aliran pesanan yang berterusan dan kekal fokus untuk memperkukuh kecekapan pengeluaran, mengekalkan disiplin kos dan mengembangkan asas pelanggan kami merentasi pasaran serantau,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Setakat 31 Disember 2025, jumlah aset berjumlah RM103.1 juta, dengan ekuiti pemegang saham mengukuh kepada RM65.3 juta.

Aset bersih sesaham meningkat kepada RM0.26 daripada RM0.24 pada 31 Disember 2025.

Pinjaman Kumpulan berkurangan kepada RM7.6 juta berbanding RM10.4 juta sebelumnya, mencerminkan pengurusan modal yang berhemat dan peningkatan penjanaan aliran tunai.

Tunai dan setara tunai meningkat kepada RM12.0 juta, disokong oleh aliran tunai operasi yang lebih kukuh sebanyak RM7.9 juta yang dijana sepanjang tempoh tersebut.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *