Dokumentari khas 'Di Sebalik Mahkota' sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17

Agong Tegur Pihak Enggan Terima Bahasa Melayu: ‘Kalau Tak Suka, Jangan Tinggal di Malaysia’

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan, bahasa Melayu mesti terus menjadi asas sistem pendidikan negara dan tonggak pembinaan jati diri serta identiti kebangsaan.

Sultan Ibrahim menekankan, sebarang cadangan untuk memperkenalkan sistem pendidikan baharu mesti selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Lebih penting lagi, bahasa Melayu mesti dijadikan bahasa utama kerana kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan.

“Jika hendak buat sistem pendidikan yang baharu, ianya mesti dibuat selari dengan dasar pendidikan kebangsaan.

“Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama kerana ianya adalah bahasa kebangsaan,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15, di sini, hari ini.

Baginda menegaskan, mana-mana sistem pendidikan lain yang diperkenalkan juga perlu mengiktiraf bahasa Melayu dan sejarah Malaysia.

“Oleh itu, sebarang usul untuk mengiktiraf apa juga sistem pendidikan lain mesti terima bahasa Melayu dan sejarah Malaysia,” titah baginda.

Dalam nada tegas, Sultan Ibrahim turut memberi amaran pihak yang enggan menghormati kedudukan bahasa Melayu seharusnya menerima realiti negara dan Perlembagaan Malaysia.

“Kalau ada yang tidak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia,” titah baginda.

Titah Agong hari ini memberi mesej jelas kepada generasi muda bahawa penguasaan bahasa Melayu bukan sahaja penting untuk pendidikan, tetapi juga sebagai medium menyampaikan ilmu, budaya dan sejarah negara.

Dalam dunia yang semakin global, baginda menyeru agar golongan muda tidak memandang remeh bahasa kebangsaan, sebaliknya menggunakannya sebagai alat untuk berdaya saing di peringkat antarabangsa sambil mengekalkan identiti Malaysia.

“Bahasa Melayu bukan sekadar alat komunikasi. Ia simbol identiti negara yang mengikat rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Generasi muda mesti bangga dan memastikan bahasa ini terus hidup dan relevan,” titah baginda.

Titah itu turut menyeru guru, pendidik dan pembuat dasar supaya memastikan bahasa Melayu terus menjadi bahasa pengantar utama dalam pendidikan, dan dijadikan medium untuk membentuk pemikiran kritis, kreativiti dan patriotisme dalam kalangan pelajar.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *