Ahmad Zahid sahkan Dr. Akmal akan berjumpanya petang ini

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Ketua Pemuda parti itu, Datuk Dr. Akmal Saleh akan berjumpanya petang ini.

“Beliau akan jumpa saya petang ini, saya tak tahu apa keputusan beliau (mengenai kedudukannya dalam parti dan kerajaan),” kata Ahmad Zahid selepas Majlis Perasmian Penutup Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Dr. Akmal berkata, beliau akan akur dengan keputusan Ahmad Zahid dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berhubung kedudukan jawatan yang disandangnya ketika ini.

Dr. Akmal merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau serta Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Media sebelum ini melaporkan Dr. Akmal memberi bayangan untuk berundur dari dua jawatan yang disandangnya ketika ini selepas gesaannya supaya UMNO keluar dari Kerajaan Perpaduan mendapat reaksi negatif daripada Ahmad Zahid.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *