Perutusan Khas Tun Dr. Mahathir sempena Ulangtahun UiTM ke-25

Tun M masih di IJN, proses rawatan ambil masa

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad kini masih menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) susulan kecederaan tulang pinggul yang patah akibat terjatuh di kediamannya di The Mines pada 6 Januari lalu.

Menurut kenyataan pejabat beliau, hasil perbincangan bersama pakar perubatan dari IJN, HUKM dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) memutuskan rawatan fisioterapi tanpa pembedahan sebagai pendekatan terbaik.

“Mengambil kira faktor usia, proses pemulihan Tun Dr. Mahathir dijangka mengambil masa yang lebih panjang.

“Dalam pada itu, Tun Dr. Mahathir dan keluarga merakamkan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.

“Buat masa ini, beliau tidak dibenarkan menerima sebarang pelawat kecuali ahli keluarga terdekat,” kata kenyataan Pejabat Tun Dr. Mahathir.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *