KUALA LUMPUR – Sebuah helikopter Super Lynx milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di perairan Pantai Klebang, Melaka pada malam Isnin.
Menurut kenyataan TLDM, insiden tersebut berlaku sekitar jam 10.50 malam ketika helikopter berkenaan sedang menjalankan penerbangan demonstrasi sempena Sambutan Ulang Tahun ke-60 Grup Gerak Khas (GGK), Tentera Darat Malaysia (TDM).
Helikopter itu membawa empat kru udara dan semuanya dalam keadaan selamat sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
TLDM memaklumkan semua kru berada dalam keadaan sedar, stabil dan kini dalam pemantauan pasukan perubatan.
Sehubungan itu, TLDM telah melaksanakan tindakan segera termasuk merancang operasi salvaj terhadap pesawat berkenaan serta menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Dalam kenyataan sama, orang ramai diminta agar tidak menyebarkan sebarang rakaman atau video berkaitan insiden tersebut bagi menghormati sensitiviti serta memastikan kelancaran proses siasatan.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L
