Hujan berterusan dijangka landa tiga negeri bermula Selasa - MetMalaysia

METMalaysia keluar amaran ribut petir, hujan lebat babit beberapa negeri malam ini

KUALA LUMPUR – Amaran ribut petir dan hujan lebat di sembilan negeri, termasuk Selangor serta Putrajaya sehingga jam 10 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor membabitkan kawasan sekitar Hulu Langat dan Sepang.

Di Perak membabitkan kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Amaran sama turut dikeluarkan kepada Negeri Sembilan membabitkan kawasan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin; Melaka serta Johor (Tangkak dan Muar).

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Selain itu, cuaca sama dijangka berlaku di Malaysia Timur iaitu Sarawak membabitkan kawasan sekitar Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) serta Bintulu (Tatau).

Di Sabah membabitkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta di Wilayah Persekutuan Labuan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *