Tarik Subsidi Diesel: PN mahu ajar PH di Sungai Bakap

Shukri Undur Diri Menteri Besar Perlis Atas Faktor Kesihatan

KANGAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli memaklumkan beliau telah mengambil keputusan untuk berundur daripada jawatan Menteri Besar Perlis secara sukarela.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas menimbang keadaan kesihatannya yang tidak lagi mengizinkannya meneruskan tanggungjawab sebagai ketua pentadbiran negeri.

Sehubungan itu, beliau telah mempersembahkan surat peletakan jawatan kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Shukri menjelaskan, setakat ini belum menerima sebarang maklum balas rasmi berhubung penerimaan peletakan jawatan tersebut.

“Saya masih menunggu keputusan daripada Tuanku sama ada peletakan jawatan ini diterima serta-merta atau dimaklumkan melalui surat rasmi daripada Istana.

“Mengikut surat yang saya serahkan, peletakan jawatan ini berkuat kuasa hari ini, tertakluk kepada perkenan Tuanku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kediaman Menteri Besar Perlis, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Shukri turut merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pentadbiran dan rakyat Perlis atas sokongan serta kerjasama diberikan sepanjang tempoh kira-kira tiga tahun beliau menerajui kerajaan Perlis.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *