Bencana Besar di Sumatera: Lebih 1,000 Terkorban, Ratusan Belum Ditemui

JAKARTA – Tragedi banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa wilayah di Pulau Sumatera terus mencatatkan kesan buruk apabila jumlah korban disahkan meningkat kepada 1,006 orang, manakala 217 individu lagi belum ditemui setakat laporan terkini Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Sabtu lalu.

Selain kehilangan nyawa, bencana alam tersebut turut mengakibatkan sekurang-kurangnya 5,400 orang mengalami kecederaan dengan pelbagai tahap keparahan.

Wilayah Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat antara kawasan paling terjejas, dengan kerosakan besar melibatkan infrastruktur awam. BNPB memaklumkan kira-kira 1,200 kemudahan awam rosak, merangkumi 219 fasiliti kesihatan, 581 institusi pendidikan, 434 rumah ibadat, 290 bangunan pejabat serta 145 jambatan.

Ketua Pusat Data dan Informasi BNPB, Abdul Muhari, berkata pihaknya kini giat menjalankan proses pengesahan maklumat mangsa melalui semakan silang dengan rekod sivil di peringkat daerah dan kecamatan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut beliau, pengesahan identiti berdasarkan nama dan alamat masih diteruskan di beberapa kawasan yang sukar diakses.

Bagi memastikan operasi menyelamat dan penghantaran bantuan tidak terganggu, pihak berkuasa turut melaksanakan usaha modifikasi cuaca secara berterusan di ketiga-tiga wilayah terlibat bagi mengurangkan risiko hujan lebat.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, yang melawat kawasan terjejas di Aceh pada Jumaat, menegaskan komitmen kerajaan untuk memenuhi keperluan asas penduduk terlibat serta memastikan bantuan disalurkan secara berterusan dan menyeluruh.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *