SumiSaujana jalin kerjasama dengan CoolisT bangunkan industri berasaskan minyak sayuran

KUALA LUMPUR – SumiSaujana Group Berhad (SumiSaujana) bekerjasama dengan CoolisT Group dari China untuk membangun dan mengkormesialkan bio-poliol berasaskan minyak sayuran boleh diperbaharui bagi pembuatan buih poliuretana untuk industri perabot dan tilam.

Kerjasama itu dilaksanakan melalui anak syarikatnya SumiSaujana TCM Chemicals Sdn. Bhd. (SSTCM) yang memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk melaksanakan program itu.

Di bawah kerjasama itu SSTCM akan bertindak sebagai pembangun teknikal dan pengeluar poliol berasaskan bio, menerajui penyelidikan dan pembangunan (R&D) percubaan skala rintis dan proses pensijilan.

Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Eksekutif SumiSaujana Norazlam Norbi berkata, kerjasama itu merupakan langkah besar ke hadapan dalam strategi syarikat untuk berkembang melangkaui segmen bahan kimia khusus minyak dan gas kepada aplikasi perindustrian yang berkembang pesat dan mampan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Dengan menggabungkan keupayaan teknikal SSTCM dengan kepakaran pembuatan CoolisT Group dan akses pasaran antarabangsa, kami meletakkan SumiSaujana di barisan hadapan inovasi berasaskan bio dalam bahan poliuretana.

“Kerjasama ini bukan sahaja menyokong matlamat Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (“ESG”) dan kemampanan kami tetapi juga membuka jalan pertumbuhan baharu dalam ekonomi kitaran global,” katanya.

Beliau menambah, kerjasama itu juga bertujuan untuk mempercepatkan penggunaan bahan kimia berasaskan bio yang mampan secara global yang memenuhi piawaian alam sekitar dan prestasi antarabangsa.

Setelah pengesahan berjaya, SSTCM dijangka menjadi pembekal eksklusif bio-poliol yang dibangunkan kepada CoolisT Group untuk operasi pembuatannya, tertakluk kepada pelaksanaan perjanjian bekalan muktamad.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

MoU ini juga menyokong komitmen SumiSaujana yang lebih luas terhadap prinsip ESG dan agenda ekonomi berasaskan bio-Malaysia.

SSTCM boleh bekerjasama dengan institusi penyelidikan tempatan seperti MPOB untuk meningkatkan piawaian pengesahan teknikal, pensijilan dan kebolehkesanan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *