JBL PartyBox 720: Teknologi AI Sound Boost optimumkan audio 800W tanpa herotan

KUALA LUMPUR – Evolusi peranti audio kini melangkah ke era yang lebih canggih apabila pembesar suara tidak lagi sekadar memfokuskan kepada kekuatan bunyi semata-mata, tetapi beralih kepada keupayaan “pintar” dalam memproses audio.

Terbaru, JBL memperkenalkan JBL PartyBox 720 yang mengintegrasikan teknologi AI Sound Boost, satu ciri termaju yang memanfaatkan Kecerdasan Buatan (AI) untuk memastikan kualiti audio kekal pada tahap maksimum.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBL, teknologi pintar ini berfungsi dengan menganalisis isyarat audio dalam masa nyata.

Algoritma AI berkenaan mengoptimumkan prestasi akustik dan secara aktif mengurangkan herotan (distortion), walaupun ketika pembesar suara itu dimainkan pada tahap kelantangan tertinggi.

Inovasi ini membolehkan pengguna menikmati kuasa output 800W RMS daripada dua woofer bersaiz 9 inci dan dua tweeter 30mm dengan bass yang bersih serta mendalam, tanpa mengorbankan kejernihan bunyi lagu kegemaran mereka.

Selain kehebatan teknologi audio, peranti berkenaan turut direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup aktif dan penganjuran acara. Ia dilengkapi dengan reka bentuk ergonomik yang dipertingkatkan, termasuk roda yang lebih lebar dan kukuh serta pemegang bersepadu, memudahkan ia dibawa ke mana sahaja sama ada di dalam atau luar rumah.

Bagi memastikan pesta berjalan lancar, JBL PartyBox 720 menawarkan ketahanan bateri sehingga 15 jam masa mainan. Lebih menarik, ia menyokong penggunaan bateri tambahan yang boleh diganti, serta ciri Pengecasan Pantas yang memberikan 2 jam masa mainan tambahan dengan hanya 10 minit pengecasan.

Pengalaman hiburan turut diperkayakan dengan pertunjukan cahaya dinamik yang boleh diubah suai, daripada kesan berbintang kepada strob yang menyegerak mengikut rentak muzik. Pengguna juga boleh menggunakan aplikasi JBL PartyBox untuk penyesuaian penuh bunyi dan cahaya.

Ciri lain termasuk sambungan Auracast™ untuk gandingan berbilang pembesar suara, penarafan kalis percikan IPX4, serta input dwi mik dan gitar untuk sesi karaoke atau persembahan langsung.

JBL PartyBox 720 itu dijadualkan berada di pasaran secara rasmi bermula pertengahan Disember ini. Ia boleh didapati melalui laman web rasmi serta platform e-dagang Lazada dan Shopee pada harga RM4,999.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *