Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah akan dibentang ke Kabinet – Anwar

KUALA LUMPUR – Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKmR) akan dibentangkan ke Mesyuarat Jemaah Menteri, di samping dibincangkan secara mendalam bersama pengurusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, laporan itu merangkumi penelitian serta pemeriksaan JKmR terhadap Laporan Tahunan SPRM bagi 2021 hingga 2024, untuk jawatankuasa itu mengenal pasti trend dan perkembangan semasa terkait usaha pencegahan rasuah dan cabaran dihadapi SPRM.

“Setiap syor dan dapatan dalam laporan ini akan diteliti dengan serius agar reformasi institusi terus diperkukuh, ketirisan dibendung, dan keyakinan rakyat diperteguh.

“Komitmen Kerajaan MADANI terhadap ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik tidak pernah berganjak. Insya-Allah, kita akan memastikan usaha membina negara yang bebas rasuah dan berintegriti tinggi terus menjadi keutamaan tertinggi,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Terdahulu, Anwar menerima kunjungan hormat jawatankuasa itu yang diketuai Pengerusinya, Datuk Mohd Shahar Abdullah dan mendengar pembentangan laporan tahunan mereka buat kali pertama. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *