88 Pelajar MMRP Duduki Peperiksaan SPM

Oleh: Abdul Ghaffar Daud

RANTAU PANJANG – Seramai 88 pelajar Maahad Muhammadi Rantau Panjang (MMRP) menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini, hari ini, yang berlangsung serentak di seluruh negara.

Pengetua MMRP, Shafei Abdullah, berkata persiapan rapi dilaksanakan sejak awal November bagi memastikan perjalanan peperiksaan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Kata beliau lagi, jadual guru bertugas sudah disusun atur bagi memantau pergerakan dan kehadiran pelajar sepanjang musim peperiksaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Alhamdulillah, semua calon hadir pada pagi ini dan peperiksaan bermula tanpa masalah. Pihak sekolah memberi tumpuan kepada kelancaran operasi serta ketenangan calon,” katanya ketika ditemui pada tinjauan hari pertama peperiksaan.

Mengulas mengenai keadaan cuaca tidak menentu pada penghujung tahun ini, beliau berkata pihak sekolah telah mengenal pasti lokasi alternatif sebagai dewan peperiksaan baharu sekiranya berlaku banjir.

“Kita sudah menyediakan pelan pemindahan termasuk peralatan asas seperti meja dan pencahayaan di lokasi baharu iaitu di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas,” katanya.

Menurutnya, aspek sokongan emosi calon turut diutamakan melalui sesi motivasi dan bimbingan akhir oleh guru minggu lalu.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pengetua turut berharap keputusan SPM tahun ini menunjukkan peningkatan berdasarkan komitmen pelajar serta usaha berterusan warga sekolah dalam memperkukuh kecemerlangan akademik.

Peperiksaan SPM dijadual berlangsung sehingga 23 Disember melibatkan kertas Bahasa Arab mengikut jadual yang ditetapkan.

Beliau turut mengingatkan pelajar agar tidak lupa membawa kad pengenalan, semua kelengkapan sebelum menjejakkan kaki ke dewan peperiksaan, berpakaian beruniform sekolah dan hadir 10 minit sebelum peperiksaan bermula.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *