‘Fakta ikut dokumen rasmi’, Zaliha jawab Annuar berkait tempoh singkat ambil tanah Kg Sg Baru

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa menegaskan pewartaan pengambilan tanah Kampung Sungai Baru dibuat secara tergesa-gesa dalam tempoh tiga hari pada 2021 bersandarkan dokumen rasmi kerajaan.

Beliau berkata demikian sebagaimana dilaporkan FMT bagi menjawab tuduhan bekas menteri wilayah persekutuan, Annuar Musa, yang menuduhnya memberikan fakta salah, sekali gus menjejaskan reputasi, integriti, dan nama baiknya.

Zaliha menjawab, tiada keperluan mengulangi perkara dibentangkan di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

“…kerana segala fakta dikemukakan di Dewan Rakyat adalah bersandarkan dokumen rasmi kerajaan yang direkodkan.

“Sekiranya beliau mendakwa saya memesongkan fakta, maka beliaulah yang wajar tampil dan mengemukakan bukti sebaliknya,” katanya dalam catatan di Facebook.

Zaliha pada sidang Dewan Rakyat 9 Okt, mendedahkan permohonan pemaju mengambil tanah termasuk unit flat dan lot teres dipertimbangkan dalam mesyuarat pasca Kabinet kementerian pada 9 Sept 2020, dipengerusikan Annuar.

Manakala, pewartaan Seksyen 4 dan Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah (APT) dilaksanakan pada 18 dan 21 Jun 2021 — dalam tempoh tiga hari sahaja, iaitu pada Jumaat, Sabtu, dan Ahad.

Zaliha berkata, menteri ketika itu perlu ditanya tentang keputusan tersebut.

Sebelum ini, Annuar memberikan dua pilihan kepada menteri sekarang berkait penjelasan isu Kampung Sungai Baru dengan mempelawa Zaliha mengulangi kenyataan tersebut dalam audio siar memberikan ulasannya pada suatu sidang pasca Kabinet oleh Zaliha, pada Rabu ini.

Beliau juga ada menyebut untuk menimbangkan langkah lain bersesuaian termasuk tindakan undang-undang.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *