BMS peroleh kelulusan penyenaraian di Pasaran ACE, sasar terbit 364 juta saham baharu

KUALA LUMPUR – BMS Holdings Berhad (BMS Holdings) mengumumkan bahawa telah menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) untuk penyenaraiannya di Pasaran ACE.

Penyenaraian kumpulan peruncit dan pengedar terkemuka produk jubin, permukaan batu, peralatan mandi dan peralatan dapur menandakan satu lagi langkah strategik penting dalam fasa pertumbuhan korporatnya.

Kumpulan menyasarkan untuk menerbit 364 juta saham biasa baharu dan tawaran untuk penjualan 156 juta saham sedia ada.

Secara kolektif, ini mewakili sejumlah kira-kira 33.77 peratus daripada modal saham Kumpulan yang diperbesarkan sebanyak 1.54 bilion saham semasa penyenaraiannya.

Pengarah Urusan BMS Holdings Ang Kwee Peng berkata, kelulusan Bursa Securities untuk penyenaraian syarikat di Pasaran ACE adalah satu peristiwa penting bagi BMS Holdings, menandakan babak baharu yang menarik dalam perjalanan korporat.

“Pencapaian ini menggariskan kerja keras dan dedikasi pasukan dan meningkatkan komitmen untuk menyediakan produk berkualiti tinggi dan kami yakin kehadiran serta perkhidmatan pelanggan luar biasa di seluruh Malaysia untuk melaksanakan rancangan pertumbuhan kami yang bercita-cita tinggi dengan lebih berkesan,” katanya.

Ditubuhkan pada tahun 1993, Kumpulan telah membina reputasi yang kukuh dalam industri jubin dan penutup permukaan Malaysia, yang mengkhusus dalam jualan runcit, borong dan projek.

Kumpulan menawarkan portfolio produk yang luas yang memenuhi pilihan pelanggan yang pelbagai.

Rangkaian jenama sendiri yang mantap termasuk jenama BMS Procelain, Marmo Grande, Rubino, Batu Gergasi, Moderica Surfaces dan Brelife Coverings untuk jubin dan permukaan batu serta jenama eurano dan U+BMS untuk peralatan mandi dan peralatan dapurnya.

BMS Holdings mengendalikan 20 bilik pameran runcit yang terletak di lokasi strategik di seluruh Malaysia, termasuk 16 di Semenanjung Malaysia dan 4 di Sarawak.

Bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024, BMS Holdings mencatatkan jumlah hasil sebanyak RM293.92 juta, didorong oleh permintaan yang mampan merentas segmen runcit, borong dan projeknya.

Sempena penyenaraian itu Alliance Islamic Bank Berhad ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin Tunggal dan Ejen Penempatan untuk IPO BMS Holdings Berhad.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *