SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin melahirkan rasa dukacita di atas insiden seorang wanita menceroboh pentas utama dan cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Perak pagi ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, insiden seumpama itu amat tidak wajar dan tidak boleh dipandang ringan sama sekali kerana Institusi Diraja adalah tonggak kedaulatan negara dan merupakan payung kepada rakyat jelatan.
“Justeru, saya mendesak agar pihak keselamatan mengambil tindakan segera secara teliti dan menyeluruh bagi menyiasat serta memastikan kejadian serupa tidak berulang.
“Segala kelemahan dalam aspek kawalan keselamatan mestilah diperbaiki dengan kadar segera.
“Semoga Sultan Nazrin dan seisi keluarga serta seluruh Duli Raja-Raja Melayu sentiasa berada dalam lindungan Allah dan dikurnikan kesejahteraan berpanjangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pagi tadi, sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Perak dikejutkan dengan tindakan seorang wanita tempatan berusia 41 tahun, naik ke pentas melalui bahagian tepi dan cuba mendekati Sultan Nazrin, sebelum suspek berjaya dihalang dan dutahan anggota keselamatan.
Wanita itu ditahan di lokasi kejadian dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001