Jet F-16 Tentera Poland terhempas ketika latihan pertunjukan udara, juruterbang maut

WARSAW – Sebuah jet pejuang F-16 milik Tentera Udara Poland, terhempas ketika menjalani latihan untuk pertunjukan udara di Radom, tengah Poland, menyebabkan juruterbangnya maut, menurut pihak tentera, semalam.

“Seorang juruterbang Tentera Poland terkorban dalam kemalangan sebuah pesawat F-16.

“Beliau adalah seorang pegawai yang sentiasa berkhidmat kepada negara dengan penuh keberanian dan berdedikasi. Saya memberi penghormatan dalam memperingati beliau,” kata Menteri Pertahanan, Wladyslaw Kosiniak-Kamysz, dalam hantaran menerusi X selepas tiba di lokasi kejadian.

Angkatan Tentera Poland memaklumkan, nahas itu membabitkan sebuah pesawat dari Pangkalan Udara Taktikal Ke-31 berhampiran Poznan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Bagaimanapun, menurutnya, tiada penonton yang mengalami kecederaan dalam insiden berkenaan.

“Operasi menyelamat telah digerakkan dengan segera di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Rakaman diperoleh media Poland menunjukkan jet pejuang terbabit melakukan gerakan aerobatik ‘barrel roll’ sebelum menjunam laju dan meluncur di atas landasan sambil terbakar.

Media tempatan melaporkan pesawat itu terhempas di atas landasan kira-kira jam 5.30 petang GMT dan musnah.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Susulan insiden berkenaan, Pertunjukan Udara Radom yang dijadualkan berlangsung pada hujung minggu, dilapor telah dibatalkan. – Reuters

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *