Kesan lebam belakang badan Zara ketika jenazah dimandikan, ibu buat laporan polis baharu hari ini

KUALA LUMPUR: Satu laporan polis baharu dibuat ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir hari ini berhubung kematian pelajar Tingkat Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah itu pada 16 Julai lalu.

Laporan itu dibuat Noraidah Lamat, 45, di Balai Polis Sipitang di Sabah, selepas teringat semula kesan lebam pada belakang badan Zara yang dilihatnya ketika memandikan jenazah di Hospital Queen Elizabeth I, di Kota Kinabalu, pada 17 Julai.

Peguam mewakili mereka, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri melalui kenyataan bersama hari ini, berkata Noraidah memaklumkan beliau sendiri melihat kesan lebam itu semasa memandikan jenazah anaknya itu bersama beberapa wanita lain.

“Anak guam kami tidak memasukkan fakta penting ini dalam laporan-laporan polisnya sebelum ini kerana dia terlupa sepenuhnya mengenainya. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *