Titah Adendum: Ketua-Ketua UMNO Bahagian adakan perjumpaan di KL malam ini

PUTRAJAYA – Satu perjumpaan membabitkan Ketua-Ketua UMNO Bahagian dari seluruh negara akan diadakan dalam satu majlis di sebuah hotel di ibu negara malam ini.

Sumber memaklumkan, majlis itu akan berlangsung pada jam 8 malam, namun enggan mendedahkan tujuan perjumpaan itu.

“Ya malam ini akan ada perjumpaan dengan semua Ketua UMNO Bahagian. (Apa tujuan perjumpaan) tunggu malam ini,” katanya kepada BH.

Berdasarkan jemputan yang diterima, satu sidang media oleh Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah akan diadakan selepas perjumpaan berkenaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

BH difahamkan perjumpaan itu antara lain membincangkan desakan akar umbi UMNO berkaitan Titah Adendum bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ia susulan tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum dikatakan titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Najib menjalani hukuman tahanan rumah.

Sebaliknya, AGC mempertikaikan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman Najib di Mahkamah Tinggi.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *