LONDON – Lima pemain Manchester United termasuk penyerang England, Marcus Rashford dan pemain sayap Argentina, Alejandro Garnacho dikatakan sudah memaklumkan kepada kelab bahawa mereka ingin meneroka peluang di luar Old Trafford.
Pemain tengah Brazil, Antony, pertahanan Belanda, Tyrell Malacia dan pemain kebangsaan England, Jadon Sancho turut dikatakan bakal meninggalkan kelab, kata sumber dalaman kelab.
Rashford yang sering ‘dipinggirkan’ pengendali Ruben Amorim, bermain untuk Aston Villa secara pinjaman pada ketika United berdepan kempen Liga Perdana Inggeris paling buruk dengan menamatkan musim di tangga ke-15 keseluruhan.
Sancho juga dipinjamkan ke Chelsea manakala Antony di Real Betis dan Malacia bermain bersama pasukan Belanda, PSV Eindhoven.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001