Dakwaan Kursus Dakwah Harmoni ancam akidah tidak bersandar fakta sebenar - Mohd Na'im

Jakim, KDN perangi ekstremisme kalangan pekerja asing – Na’im

PUTRAJAYA – Agensi-agensi agama termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan terus bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam usaha membendung penyebaran ideologi ekstremisme dan radikalisme di kalangan pekerja asing di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, walaupun isu ideologi radikal ini tidak semestinya dianuti oleh pekerja asing secara menyeluruh, usaha mengekang pengaruh berkenaan tetap diperkasakan.

“Isu IS (Islamic State) ini melibatkan ekstremisme, radikalisme dan saya telah buat beberapa kenyataan sebelum ini. Walaupun tidak semestinya melibatkan pekerja-pekerja asing, tetapi secara umumnya kita nyatakan peranan agensi-agensi agama, khususnya JAKIM penting untuk mengekang ideologi ekstremisme ini,” katanya selepas menghadiri Program Rai Ummah di Kota Bharu malam tadi.

Mohd Na’im berkata, kerajaan mengamalkan prinsip wasatiyyah (kesederhanaan) dan menolak sebarang bentuk ajaran melampau yang bertentangan dengan ajaran Islam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kita menentang sebarang ideologi yang mengajak kepada perbuatan-perbuatan melampau yang tidak diajar dalam Islam,” katanya.

Mohd Na’im menegaskan pihaknya telah mengarahkan JAKIM dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk memperhebat usaha menangani pengaruh itu, khususnya melibatkan pekerja-pekerja asing yang terpengaruh dengan ideologi berkenaan.

“Insya-Allah, kerjasama berterusan akan diadakan antara agensi agama seperti JAKIM dan YADIM bersama KDN untuk mengekang ideologi ini dalam kalangan pekerja asing,” katanya.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail hari ini dilaporkan berkata Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) yang berjaya ditumpaskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini dipercayai terlibat dalam kegiatan pengumpulan dana dan merekrut ahli bagi menyokong kumpulan pengganas IS di Syria dan Bangladesh.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau berkata siasatan awal mendapati kumpulan itu mengutip dana melalui yuran keahlian tahunan sebanyak RM500 seorang serta menerima sumbangan tambahan bergantung kepada kemampuan ahli.

Beliau berkata keahlian kumpulan itu dianggarkan antara 100 hingga 150 individu, terdiri daripada warga Bangladesh yang bekerja dalam sektor buruh seperti kilang, pembinaan dan stesen minyak di negara ini.

Pada 27 Jun lepas, PDRM menumpaskan satu rangkaian militan warga asing dengan penahanan 36 warga Bangladesh yang disyaki terlibat secara langsung dalam gerakan militan radikal berpaksikan fahaman ekstremis dan ideologi keganasan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilapor berkata penahanan dilakukan menerusi tiga fasa operasi keselamatan terancang di sekitar Selangor dan Johor bermula 24 April lepas. – Bernama

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *