TEL AVIV – Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) melancarkan serangan terhadap beberapa pangkalan udara Israel yang didakwa menjadi lokasi pelancaran serangan ke atas Iran pada Rabu.
Menurut Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA), serangan ke atas pangkalan udara Israel itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan terang-terangan rejim Zionis ke atas Iran.
“Kami juga mengumumkan bahawa operasi ini akan diteruskan secara berterusan, kompleks dan berperingkat,” kata IRGC dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, tentera Israel turut mengesahkan mengesan beberapa peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran ke arah wilayahnya.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak tentera, sistem pertahanan udara sedang giat beroperasi untuk memintas projektil tersebut.
Sementara itu, Israel menasihatkan orang awam segera mencari perlindungan di kawasan yang selamat sementara pasukan keselamatan menjalankan operasi pertahanan.
Semalam, rejim Israel melancarkan serangan ke atas ibu pejabat televisyen kebangsaan Iran, Penyiaran Republik Islam Iran (IRIB), ketika program sedang disiarkan secara langsung.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001