Undur diri kalau tak seiring perjuangan, PKR Subang beritahu Wong Chen

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Subang Wong Chen perlu ‘berundur secara terhormat’ sekiranya merasakan tidak lagi seiring perjuangan parti pada masa ini, kata Timbalan Ketua PKR Subang Wan Hasifi Amin.

Wan Hasifi berkata, pihaknya kecewa dan turut hilang keyakinan terhadap Wong yang tidak menghadiri mesyuarat PKR Subang sejak pemilihan kepimpinan 2022, malah sehingga kini tiada penubuhan jawatankuasa Pakatan Harapan (PH) Parlimen Subang.

“Kami tidak mahu terus rasa terpinggir. Kami perlukan Ahli Parlimen yang bersedia turun padang bersama akar umbi PKR Subang, mendengar suara rakyat, memperkukuh semangat perjuangan dan bukannya menjauhi barisan akar umbi.

“Jika Wong merasakan perjuangan ini tidak lagi seiring, maka satu keputusan yang jelas dan berprinsip perlu dibuat untuk berundur secara terhormat,” katanya dalam kenyataan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Semalam, Wong menerusi satu catatan di Facebook mengumumkan beliau bercuti dua minggu di Perancis untuk berehat bersama keluarga sambil menilai masa depan politiknya.

Beliau turut merenung kembali usaha-usaha reformasi kerajaan yang menurutnya kelihatan seolah-olah tiada hasil yang ketara.

Sebelum ini, Wong — yang dikatakan dalam ‘kem’ Rafizi Ramli — gagal mempertahankan kedudukannya sebagai ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, manakala Rafizi tewas dalam perebutan jawatan timbalan presiden PKR kepada Nurul Izzah Anwar seterusnya meletak jawatan sebagai menteri ekonomi.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *