Serangan jantung punca nahas di Jalan Ampang, kata polis

PETALING JAYA – Polis berkata punca pemandu Toyota Caldina hilang kawalan dan melanggar sebuah kereta di laluan bertentangan Jalan Ampang disebabkan serangan jantung.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kemalangan itu berlaku kira-kira 11 pagi Sabtu lalu di persimpangan lampu isyarat Jalan Ampang berhadapan Hospital Gleneagles.

Ketika kejadian, katanya, seorang wanita tempatan berusia 49 tahun yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Jaecoo 7 sedang berhenti di lampu isyarat Jalan Ampang.

“Tiba-tiba datang dari arah depan sebuah Toyota Caldina dipandu seorang lelaki tempatan 57 tahun memasuki laluan bertentangan lalu melanggar bahagian depan kenderaan mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu, beliau berkata, kenderaan wanita terbabit mengundur ke belakang dan merempuh SUV Lexus RX200T dipandu lelaki tempatan berumur 30 tahun.

“Punca kemalangan disebabkan pemandu Toyota Caldina hilang kawalan semasa memandu akibat mengalami masalah sakit jantung.

“Pemandu itu dalam keadaan stabil semasa berjumpa dengan pegawai penyiasat,” katanya sambil menambah wanita terbabit cedera ringan di tangan dan kaki, manakala pemandu Lexus tidak cedera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan Pengangkutan 1987.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *