Polis kenal pasti lelaki gaduh di Plaza Tol Bukit Tambun

NIBONG TEBAL – Polis sudah mengenal pasti seorang individu terbabit pergaduhan di Plaza Tol Bukit Tambun di sini yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham membabitkan pelanggaran kenderaan dari belakang.

Ketua Polis Seberang Perai Selatan, Jay January Siowou, berkata pihaknya sedang berusaha mengesan lelaki tempatan itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan ugut jenayah,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Kelmarin, media melaporkan polis menerima dua laporan berkaitan pergaduhan dua lelaki di plaza tol itu selepas rakaman video tular di media sosial.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Video 28 saat itu memaparkan pertengkaran dua lelaki dengan seorang daripadanya hanya berkain pelekat dan bertopi dilihat cuba menyerang menggunakan senjata sebelum kedua-duanya ditenangkan seorang individu di sana.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *