Skandal 1MDB: Abang Johari terima baik permohonan maaf Najib

Pertikaian Petronas-Petros tercetus akibat cemburu – Abang Johari

Perasaan cemburu terhadap kekuatan ekonomi Sarawak yang semakin berkembang dipercayai menjadi sebahagian punca pertikaian antara syarikat minyak nasional, Petronas dan syarikat milik kerajaan Sarawak, Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, peningkatan hasil dan kemajuan ekonomi negeri itu telah menarik perhatian negatif dan menyebabkan rasa cemburu daripada beberapa pihak.

“Itulah sifat manusia, apabila seseorang berjaya, akan ada yang mula cemburu. Hasil Sarawak telah meningkat dengan ketara.

“Apabila ini berlaku, pihak yang tiada kerja lain mula memainkan naratif seperti ‘Sarawak untuk Orang Sarawak’ kepada mereka yang cemburu,” katanya ketika berucap dalam satu majlis di Bau, Sarawak.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Justeru, Abang Johari memaklumkan, beliau perlu menangani isu melibatkan Petronas dan Petros tersebut.

Menurutnya lagi, beliau komited untuk mempertahankan hak dan kepentingan Sarawak.

Tambah beliau, ekonomi Sarawak kini berkembang pesat dengan hasil tahunan melebihi RM15 bilion.

“Kita bersatu, kita bekerja keras dan politik kita stabil, tidak seperti di Semenanjung Malaysia yang kadangkala agak kucar-kacir. Itu masalah mereka, bukan masalah kita,” menurutnya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Tegas Abang Johari, kemajuan Sarawak seharusnya dilihat sebagai satu manfaat kepada seluruh negara, sekali gus ekonomi Sarawak perlu diuruskan dengan bijak dan disatukan dengan perpaduan rakyatnya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *