21 maut, 35 cedera bas terjunam gaung di Sri Lanka

ANKARA – Sekurang-kurangnya 21 maut dan lebih 35 lagi cedera apabila sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung di Wilayah Tengah Sri Lanka semalam, lapor media tempatan.

Memetik akhbar Daily Mirror, Anadolu Ajansi melaporkan, lebih 35 penumpang yang cedera dalam nahas dirawat di beberapa hospital di kawasan itu.

Menurut polis, bas itu membawa 75 penumpang dari tempat suci Kataragama di selatan ke bandar Kurunegala di barat laut apabila ia terjunam kira-kira 100 meter dari tebing, menurut Free Press Journal.

Siasatan mengenai punca nahas sedang dijalankan, menurut polis.

Nahas jalan raya kerap berlaku di negara kepulauan Asia Selatan itu, dengan data rasmi menunjukkan bas sering terbabit.

Menurut data polis, hampir 600 rakyat Sri Lanka maut dalam 565 nahas jalan raya setakat tahun ini.

Menurut data kerajaan yang dipetik oleh Newswire, seorang maut akibat nahas jalan raya setiap tiga jam di Sri Lanka. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *