PM Anwar lakukan lawatan kerja empat hari ke China mulai 4 Nov

Pemilihan PKR: Pencalonan tamat, Anwar tidak dicabar

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dicabar bagi jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas pencalonan pemilihan parti itu berakhir jam 11.59 malam tadi.

Bagaimanapun, menurut sumber, jawatan Timbalan Presiden bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Nurul Izzah Anwar dengan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli selaku penyandang.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, seramai 12 ahli telah mengemukakan pencalonan masing-masing bagi sesi 2025 – 2028, iaitu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan.

Turut bertanding, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin; Ahli Parlimen Segamat, R. Yuneswaran; Ketua Cabang PKR Hulu Selangor, Dr. Sathia Prakash Nadarajan; Ketua Cabang Hulu Raja, Abun Sui Anyit; bekas Exco Selangor, Hee Loy Sian; Pengerusi Institut Keusahawanan Negara, Mustaffa Kamil Ayub; dan Ketua Cabang Jempol, Manivanan Gowin.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Selain itu, Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim adalah calon tunggal bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), manakala jawatan Ketua Wanita PKR menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Fadhlina Sidek yang juga Menteri Pendidikan dengan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail.

Pencalonan bagi Pemilihan PKR 2025 berlangsung selama dua hari bermula Khamis lalu secara dalam talian.

Proses bantahan ditetapkan pada 11 dan 12 Mei ini, diikuti rayuan bantahan (13-14 Mei), tarikh akhir penarikan diri (14 Mei), senarai muktamad calon (15 Mei), tempoh kempen (15-22 Mei) dan pengundian pada 23 Mei.

Kongres Nasional PKR termasuk Kongres AMK dan Kongres Wanita dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru. – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *