SPRM tahan anggota SMART disyaki terima rasuah RM5,000

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) selepas disyaki menerima wang rasuah kira-kira RM5,000.

Menurut sumber, lelaki itu dipercayai meminta dan menerima wang suapan sebagai balasan memperakukan kerja-kerja pembekalan kayu masak bagi tujuan latihan ‘shoring’ sekitar Februari tahun ini.

“Suspek berusia sekitar 40-an itu ditahan kira-kira 11 malam semalam di sebuah lokasi di Selangor,” katanya.

SPRM tahan reman anggota SMART, disyaki minta, terima rasuah

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sumber itu berkata perintah reman selama lima hari hingga 10 Mei ini ke atas anggota terbabit telah dikeluarkan Penolong Pendaftar Aina Syakinah Aminuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, dengan siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *