Mangsa banjir di Sook, Sabah meningkat kepada 392 orang

KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir di Sook meningkat kepada 392 orang dari 126 keluarga pada jam 8 pagi ini berbanding 272 orang dari 87 keluarga jam 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Kampung Ansip Tengah dibuka bagi menempatkan 117 mangsa dari 39 keluarga.

Sementara itu, seramai 206 orang dari 64 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2, manakala 69 mangsa dari 23 keluarga berlindung di PPS Balai Raya Kampung Molosok Dalit.

“Sebanyak empat kampung terjejas akibat banjir di Sook,” menurut kenyataan itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Daerah Sook terletak dipedalaman Sabah, iaitu 147 kilometer arah selatan dari Kota Kinabalu. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *