SEVILLE, Sepanyol – Real Valladolid tersingkir daripada saingan LaLiga selepas tewas 5-1 di Real Betis, mengesahkan kepulangan ke divisyen dua musim depan dengan lima perlawanan berbaki musim ini.
Pasukan di tangga tercorot itu, yang kembali ke LaLiga tahun lalu, mengumpul 16 mata daripada 33 perlawanan, hanya merakam empat kemenangan sepanjang musim dan satu sejak awal Januari.
Ia adalah kali ketiga pasukan itu tersingkir sejak legenda bola sepak Brazil, Ronaldo mengambil alih pasukan sebagai pemilik majoriti pada tahun 2018 – dengan bekas penyerang itu kini dilaporkan mahu menjual sahamnya di kelab berkenaan.
“Ia hari yang sukar. Kami berada di kedudukan yang sepatutnya. Kami belum cukup bersedia untuk divisyen ini. Kami akan bangkit dan terus berusaha.
“Banyak perkara yang menyedihkan saya, melihat pemain-pemain berusaha keras. Ia kekalahan besar, tetapi pemain-pemain sudah berusaha sebaik mungkin,” kata pengendali Valladolid, Alvaro Rubio.
Valladolid sebelum ini memecat dua pengendali – Diego Cocca dan Paulo Pezzolano – sebelum bekas pemainnya, Rubio mengambil alih pasukan pada Februari.
Dua lagi pasukan yang bakal tersingkir masih belum disahkan, dengan Leganes di tangga ke-19 pada 30 mata, hanya dua di belakang Las Palmas yang menghuni tangga ke-18. – REUTERS
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001